Saturday, January 29, 2011

Mutiara Homestay






Ruang Tamu Utama
                                                              
Bilik Tidur Utama
                                                                 
Ruang Menonton
                                                                  
Ruang Makan
                                                                    
Dapur
                                                                         
Bilik ke-3
                                                                        
Bilik Air
                                                                        

Bilik ke-2

Lokasi Bandar Tasek Mutiara Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Destinasi yang berhampiran :
- Stadium Batu Kawan (10 minit)
- Seberang Jaya (20 minit)
- Parit Buntar (30 minit)
- Kulim (10 minit)
- Kristal Golf (10 minit)
- Jambatan Pulau Pinang (15 minit)
- Kulim Hi-Tech (25 minit)
- Kawasan perindustrian Prai (20 minit)
- Autocity Juru (15 minit)
- Kempus Kejuruteraan USM Kerian (30 minit)
- Kempus Induk USM (40minit)

Berminat sila hubungi :-
- 012-4745887 
- 012-5583558

Friday, January 28, 2011

Hati

"Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut."

Pilihan

"Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak
selain daripada neraka dan syurga di mana kalian semua akan menuju ke salah satu di antara keduanya."

Mampu

Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian
dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.

Bekalan

Sesungguhnya  setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. 
Justeru itu, sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup di dunia untuk 
menempuhi perjalanan ke alam akhirat.

Tuesday, January 11, 2011

Kewujudan

Setengah manusia berkata bahawa dirinya berTuhan,
Yang berKuasa lagi Menentukan,
Tapi menyembah hanya sekali dalam sesuatu keadaan,
Hanya ketika datang masalah yang menyusahkan,
Meratap merayu memohon pertolongan,
Mengharap masalah dapat diselsaikan,


Beginikah akhlah orang yang mempunyai tuhan,
Meletakkan kewujudan pada tempat yang ditentukan.
Tampa rasa malu dan juga segan,
Kepada Tuhan yang bersifat Ar-Rahman. 


zuhair irfan 

Sasaran

Hai manusia,
Adakah terciptanya kau untuk sia-sia,
Menghabiskan masa untuk bersuka-suka,
Sehingga suka menjadi hal utama,
Tidak mengenal batas atau laranganNya,
Bagaikan panah yang tiada sasarannya,


Hai manusia,
Tidakkah kau berfikir tentang hari kebangkitan,
Hari yang menakutkan,
Tidak akan berlaku kepada orang yang rugi hanyalah kesakitan,
Menangis meratap sebagai teman,
Tidak ada yang dapat membantu melainkan amalan.


zuhair irfan

Harapan

Yang gelap tidak bermakna kesepian,
Yang berliku tidak bermakna kesukaran,
Yang kecil tidak bermakna kesempitan,
Yang sedikit tidak bermakna kekurangan,
Asal mampu menyesuaikan,
Dengan diri dan juga keadaan,
Harapan berada pada setiap perhentian.

zuhair irfan

hadis 1

Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya solat yang paling berat buat orang munafik adalah solat Isya dan Shubuh. Seandainya mereka tahu apa yang akan mereka dapat dari kedua solat itu, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak. Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan solat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri solat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (HR Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya)