Sunday, February 27, 2011

Papan Tanda

Ramai mengaku mereka beriman,
Kerana mereka banyak berkata-kata,
Padahal tipisan kulit bawang lebih tebal dari pada iman yang ada,
Mereka lebih suka memberi nasihat kepada yang lain daripada memperbetul diri sendiri,

Umpamanya mereka seperti tin yang indah di luar tapi kosong di dalam,
Hanya memperkuatkan ke islaman hanya dengan pakaian semata,
Padahal di hati tidaklah lain melainkan sombong semata,
 Membentuk puak-puak yang tiada guna.

Wahai orang yang beriman,
Tidak salah untuk berkata-kata,
Dan tak salah untuk mempertonjolkan pakaian,
Tapi biarlah cerah dan gelap tiada perbezaan.

zuhair irfan

Tuesday, February 15, 2011

Mencintai Sang Pencinta

Cintaku pada mu adalah utama,
Rinduku pada mu tidak terkata,
Utamanya kamu tidak terkira,
Walau rintangan menimpa,
Ku korban diri dan segala,


Tapi diri mu umpama purnama,
Sempurna kilauan malam gelita,
Sedangkan aku bukanlah sesiapa,
Tiada pangkat dan juga nama,
Melainkan hati dan juga cinta,


Ya Rasullullah,
Adakah kau mengenali aku,
Yang berselawat mengingati kamu,
Adakah kau dapat ku temui,
Bagi melepaskan rindu yang tidak terperi.

zuhair irfan

Tuesday, February 8, 2011

Ingat-ingatan

Bergerak kehidupan dalam putaran,
Dalam mengharungi ranjau cobaan,
Meliuk-lentok menghadapi halangan,
Bagi memperjuangkan nasib suapan,

Bila tuhan dalam ingatan,
Segala kesusahan berlalu dengan kesenangan,
Rahmat mencurah tidak kelihatan,
Kerana di naungi cahaya AR-RAHMAN.

zuhair irfan