Sunday, February 27, 2011

Papan Tanda

Ramai mengaku mereka beriman,
Kerana mereka banyak berkata-kata,
Padahal tipisan kulit bawang lebih tebal dari pada iman yang ada,
Mereka lebih suka memberi nasihat kepada yang lain daripada memperbetul diri sendiri,

Umpamanya mereka seperti tin yang indah di luar tapi kosong di dalam,
Hanya memperkuatkan ke islaman hanya dengan pakaian semata,
Padahal di hati tidaklah lain melainkan sombong semata,
 Membentuk puak-puak yang tiada guna.

Wahai orang yang beriman,
Tidak salah untuk berkata-kata,
Dan tak salah untuk mempertonjolkan pakaian,
Tapi biarlah cerah dan gelap tiada perbezaan.

zuhair irfan

Tuesday, February 15, 2011

Mencintai Sang Pencinta

Cintaku pada mu adalah utama,
Rinduku pada mu tidak terkata,
Utamanya kamu tidak terkira,
Walau rintangan menimpa,
Ku korban diri dan segala,


Tapi diri mu umpama purnama,
Sempurna kilauan malam gelita,
Sedangkan aku bukanlah sesiapa,
Tiada pangkat dan juga nama,
Melainkan hati dan juga cinta,


Ya Rasullullah,
Adakah kau mengenali aku,
Yang berselawat mengingati kamu,
Adakah kau dapat ku temui,
Bagi melepaskan rindu yang tidak terperi.

zuhair irfan

Tuesday, February 8, 2011

Ingat-ingatan

Bergerak kehidupan dalam putaran,
Dalam mengharungi ranjau cobaan,
Meliuk-lentok menghadapi halangan,
Bagi memperjuangkan nasib suapan,

Bila tuhan dalam ingatan,
Segala kesusahan berlalu dengan kesenangan,
Rahmat mencurah tidak kelihatan,
Kerana di naungi cahaya AR-RAHMAN.

zuhair irfan

Saturday, January 29, 2011

Mutiara Homestay






Ruang Tamu Utama
                                                              
Bilik Tidur Utama
                                                                 
Ruang Menonton
                                                                  
Ruang Makan
                                                                    
Dapur
                                                                         
Bilik ke-3
                                                                        
Bilik Air
                                                                        

Bilik ke-2

Lokasi Bandar Tasek Mutiara Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Destinasi yang berhampiran :
- Stadium Batu Kawan (10 minit)
- Seberang Jaya (20 minit)
- Parit Buntar (30 minit)
- Kulim (10 minit)
- Kristal Golf (10 minit)
- Jambatan Pulau Pinang (15 minit)
- Kulim Hi-Tech (25 minit)
- Kawasan perindustrian Prai (20 minit)
- Autocity Juru (15 minit)
- Kempus Kejuruteraan USM Kerian (30 minit)
- Kempus Induk USM (40minit)

Berminat sila hubungi :-
- 012-4745887 
- 012-5583558

Friday, January 28, 2011

Hati

"Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut."

Pilihan

"Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak
selain daripada neraka dan syurga di mana kalian semua akan menuju ke salah satu di antara keduanya."

Mampu

Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian
dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.